Ramadhan#1: Buat amalan kecil tetapi signifikan di sisi Allah

Salam Ramadhan 2017,

Bila datang Ramadhan , berdebar-debar sebab KPI  (key performance indicator) tahun lepas  tidak gempak sangat. Saya tak surela Ramadhan ni tapi setiap orang rasanya ingin jadi lebih baik dari sebelumnya kan?

Ya, tapi setiap orang pastinya KPI berbeza kan?dan apa kata kita cuba berterus terang dengan diri kita, apa yang boleh kita usahakan tahun ini agar amalan itu mampu dibuat konsisten walapun mungkin tak khatam Quran, atau mampu puasa macam biasa-biasa sahaja. Tapi yang penting kita target untuk amalan yang kita mampu buat ini, konsisten bulan-bulan seterusnya. oh, lebih bermakna insyaAllah.

Bila baca hadis ni, hati berbunga-bunga, hati sedih, hati sebak, hati rasa malu dengan Allah. Allah dah berikan satu bulan untuk kita FULL swing lakukan terbaik. Apa jua amalan yang baik buat dalam kiat betul-betul ‘feel’ insyaAllah sangat bermakna kan?

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.”

Oleh itu, jika kita dalam kategori tak mampu nak buat ibadah yang obviously gempak-gempak, cuba lihat kelebihan diri kita dari aspek yang mampu kita lakukan..Tanya diri..Mampu buat list kat bawah ni?

1.Memanjangkan silaturahim, whatapp atau sms pada sesiapa sahaja dalam senarai contact telefon yang telah lama tidak sapa, ucapkanlah ucapan-ucapan yang baik sempena Ramadhan (memang kita dah buat kan? beratkan amalan ini dengan menghayati Ya Allah, hari ni saya dah wasap 700 list contact saya, saya syukur kerana dapat bersilaturahmi pada bulan Ramadhan)

2. Menyediakan tabung RM1 sesudah subuh, setiap kali sesudah subuh letak duit dalam tabung. dermakan setiap minggu. kalau nak lebih lagi, silakan. (huhuhu..RM.50sen boleh? ya silakan, ikhlas disisi Allah)

3.Perdengarkan ayat suci AlQuran, pakai MP3 /MP4 dengarkan AlQuran agar beri semangat untuk baca AlQuran. (oh senang je ni, kat kedai gajet MP4 Rm12 je kut)

4. Elakkan benda-benda yang melaghakan sehingga amalan baik ditunda-tunda seperti berlama-lama layari FB, berlama-lama melayari whatapp. Tetapi jika upload status FB yang berpahala, itu masyaAllah sangat signifikan. Allah S.W.T pasti menghitungnya sebagai amalan baik sesuai dengan niat yang baik.

5. Fikir sejenak, apa lagi perkara yang ‘aku’ mampu buat, apa yang aku mampu buat adalah benda baik yang Allah suka. Bersangka baik dengan Allah, Allah sangat suka kalau kita selawat, 10x sehari tapi konsisten buat 30 hari Ramadhan. Anda boleh 10x sehari selawat kepada Rasulullah S.A.W

6. Target baca Quran -nak baca cepat tapi abaikan tafsir, last-last tak faham pun. Banyakkan baca Quran. Baca dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

7. Nak buka puasa, maximize masa tu, banyak2kan doa masa mustajab ini taw, doa konsisten apa yang kita hasratkan. kalau boleh tulis doa yang kita nak tu, doa dengan jelas.

8. Niat nak puasa bukan sekadar niat biasa-biasa, tetapi jaga niat agar benar-benar nak puasa KERANA ALLAH.

Semoga 8 perkara ini mencetuskan amalan santai-santai tetapi mudahan dalam kebaikan yang diredhainya

Semoga cetusan idea kecil tapi signifikan ni memberi erti kepada Ramadhan kita

#mengingatkandiri

#fastabiqulkhairat

 

Siapa Kawan anda sepanjang PhD?

Pernah seorang sahabat ditanya oleh pensyarahnya apabila mengetahui pelajarnya menyambung ke peringkat Doktor falsafah, ditanya WHO IS YOUR PHD’S FRIEND. Beliau  hairan kenapa tanya kawan PhD? bukan tanya proposal kajian ke apa..

Kenapa kawan/ sahabat PhD ni penting? Sebab sepanjang perjalanan PhD pelbagai perkara kita hadapi merangkumi seluruh kehidupan kita yang memberi kesan samada positif atau negatif pada perjalanan PhD ini.

Ups and down dalam penulisan tesis amat berkaitan dengan Emotional Intellligence  dan bukan sekadar kebijaksanaan yang kita ada.Kita ingin ada kawan dalam perjuangan yang sama menegur, memberi semangat dan malah membantu kita dari pelbagai aspek yang kita sendiri tak menjangkau pertolongan sahabat ini.

Cikda menyambung pengajian PhD bermula tahun 2012 hingga kini 2017 masih berjuang dengan keupayaan Allah berikan ini. Memang terasa prosesnya lambat tetapi satu yang disematkan dalam hati ini, perjalanan kehidupan setiap orang tidak sama dan ujian yang diberikan pastinya hanya Allah yang tahu. Kita hadapinya dengan tanpa putus asa dan jangan berhenti berusaha.

Dipendekkan cerita, survivor Cikda perjalanan PhD ni kepada 2 fasa

*2012-2014

*2016-2017 (cikda doakan inilah tahun terakhir cikda..ameen)

Antara dua tahun gap adalah tahun ujian PhD cikda, namun demikian dalam 2 fasa ini cikda bersyukur kerana diberikan kekuatan, daya usaha untuk terus meneruskan PhD kerana Allah hadirkan sahabat-sahabat yang sangat Phd yang sangat bermakna dalam perjuangan ini. Cetusan Fasa ke-2 ini memberi momentum selepas hadir Program Dr.Roket. Dr Mohd Khairul Nizam bagitahu buat satu grup whatapp dengan kawan untuk update progress. Ok, kacang je tu.hehe.

Dahulu masa fasa 1, cikda memang ke UKM setiap hari dan stay dalam ruang postgrad dan kami bincang secara live, tak perlu whatapp, rindu sungguh saat ini. hehe, tapi dah masuk kerja ni, whatapp dan call sangat penting sebab tak mampu nak berkumpul setiap hari.Sahabat-sahabat fasa 1, kesemua sahabat PhD telah grad dengan jayanya. Alhamdulillah. Sayuti, Rama, K.Fahirah. Tahniah guys!

Fasa ke-2 cikda,  kami sama2 berjuang dan pertemuan sahabat ini  rentetan dari program Dr. Roket juga. Banyak perkara yang cikda manfaat dari program dari Dr Roket. Setiap hari kawan2 dalam circle PhD akan call dan update progress antara satu sama lain, bertukar-tukar pendapat dan mengutarakan persoalan dari kajian yang sedang dijalankan.

 

Cikda pernah jumpa sahabat PhD dengan muka moyok, tiada mood, serius down, kami berbual hingga tamatnya perbualan cikda mampu tersenyum, terima kasih sahabat. Dalam group whatapp kami sering update apa yang boleh manfaatkan sesama kami.

Sibuk…tidak tahu apa nak update dgn SV
…………………………………………………………

Dalam kesibukan tidak dapat jumpa SV, *Whatapp/emel* menjadi trigger factoru utk boost momentum penulisan tesis

Yg penting update sahaja perkembangan yg menunjukkan kita tesis kita bernyawa😆

Kadang2 rasa tanya soalan tak sesuai,soalan bodoh, tetapi sebenanya tanpa sedar itula menjadi penggerak perjalanan tesis kita..

Mendoakan momentum yg positif utk pergerakan tesis hari ini ya kawan2✍✍✍

Kalau nak diskas kt sini pun boleh👩🏫👩💻

Tiada istilah soalan bodoh, tiada progress

Apa2 pun boleh diskas kat sini..lontaran idea masing2 sekurang2nya dpt memberikan idea utk terus tesis berjalan..walaupun perlahan dan kecil namun ia pastinya signifikan

📚📙📖📝📌

Seorang adik yang sama-sama dalam group dan circle kami sangat menghargai pertemuan kerana gagal menemui sahabat sefakulti yang dapat berkongsi dalam kecaknaan dan kebersamaan untuk memahami perjalanan PhD masing-masing. Benar-benar signifikan bagi dirinya.

Urus masa untuk urus blog

Bismillah

Cikda sudah mula jadi blogger sejak 2009, menulis dari blogspot ke wordpress, dan kini Cikda.my. Namun penulisan seringkali tidak konsisten. Kenapa ya? Ramai blogger boleh konsisten dan cikda sangat respek.  Sangat ramai juga ada blog, tapi blog tersadai. Ehem-ehem macam orang tu..hehe

Masa..masa..masa, itulah alasannya kan? dan ini adalah tanda-tanda kita gagal menguruskan masa. 2 orang Professor Harvard membongkarkan kenapa kita selalu pospon dalam apa jua kita lakukan dan nyata cikda salah sorang dari golongan ini.huwaaaa!

Penulisan yang tidak konsisten mula dikesan bila cikda sambung pengajian peringkat PhD. Sedangkan bila cikda google, rupanya blogging ni boleh meningkatkan kualiti penulisan akademik juga.

Dipendekkan cerita cikda buat bisnes yang memberi dari aspek education iaitu Cikda Sewing School, bisnes fizikal berasaskan kemahiran jahitan yang tentunya menuntut komitmen yang tinggi dari segi masa. Uh, blog pastinya menjadi perkara yang tercorot sekali..padahal, bloggingla bagus sebab boleh buat personal branding dan marketing. Sekali lagi cikda terlepas pandang isu blogging.

Semuanya didasari dengan semangat nak multitasking. Banyak kerja nk buat itu dan ini, kononnya untuk asa depan yang baik. Menyerlah jauh dari yang biasa adalah tema diriku. Suka sibukkan diri tapi betulkah kesibukan diri ini mendatangkan hasil???

Inilah diri cikda, hari ini cikda berazam untuk menulis baaaaanyakkkkk perkara yang cikda dah lama pospon dan cikda mohon doa pada Allah agar menulis dan penulisan adalah satu perkara yang sebati dalam diri.

Cikda simpulkan;

Kenalilah diri sendiri. Permulaan hari, buatlah to do list untuk apa jua yang hendak dilakukan, termasuklah blogging.

Ada perkongsian, rasa hati, tulislah, taiplah…kita berdoa sentiasa konsisten. Allah jua yang aturkan segala. Satu masa kita sudah tiada alam ini, semoga amal penulisan ini dihitung sebagai amal soleh yang dapat bantu kita di alam sana.

Apa jua perkara jika dilakukan walaupun kecil tetapi signifikan di sisi Allah jika ia didasari dengan niat untuk dapat redha Allah.

Jika takdirnya Allah beri kelebihan kepada kita untuk multitasking, pastikan kita sering belajar bagaimana untuk menjadi Hambanya yang wasatiyyah dalam urusan  diri, keluarga, kerja, urusan perniagaan. Jangan sebab kita bisnes, dah kurang masa untuk baca Quran, dah kurang masa untuk Dhuha.

Peringatan untuk diri sendiri. Jumpa lagi

#21hariamalankonsisten